Wednesday, May 18, 2011

resepi kerabu jantung pisang


bahan bahan yang diperlukan ~

bahan A
biji cili merah
biji cili padi
udang kering
bawang merah
~bahan bahan diatas hendaklah ditumbuk sehingga lumat, bersama lesung batu seadanya.

bahan B
1 biji jantung pisang bersaiz sederhana, buang bahagian luar kulitnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
2 biji tomata yang masak ranum ( dipotong dadu )
1/2 labu bawang merah besar ( dipotong dadu )
1 ekor ikan kembung segar ( direbus , diambil isinya sahaja )dan pastikan tiada tulang yang tertinggal pada isi ikan.
2 sudu besar santan
1 sudu teh minyak masak
1 keping daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

cara menyediakan hidangan

jantung pisang dibelah dua, dihiris nipis dan direbuskan sehingga empuk.masukkan sedikit minyak ketika merebus untuk mengekalkan warna jantung tersebut supaya tidak menjadi lebam dan menghilangkan kesan getah yang melekat pada jantung.keudian setelah agak empuk bolehlah diangkat dan ditoskan.masukkan bahan A yang telah ditumbuk tadi diikuti dengan bahan b. gaul rata, rasa masin manisnya dan masukkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan haruman kerabu.sangat enak jika dihidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin goreng yang diperah sedikit limau kasturi.saya amat menggemari menggunakan limau kasturi dalam masakan saya dan ianya saya abadikan dalam buku biografi ini.khasiatnya dari luar kulit hinggalah ke titisan airnya.

sekian.

4 comments:

  1. Chef tak buat delivery ke... 755-25-25...

    ReplyDelete
  2. Memang kerabu one of my favvvv .. mesti nak kena cuba ni =)

    ReplyDelete
  3. sedapnye..saye datang dari blog dapur tanpa sempadan (blog mat gebu).. :)

    ReplyDelete
  4. Mem Aluya..dah ada restaurant sendiri nanti kot boleh delivery :-).
    Az..please do try test cub eh
    Siti..tyvm

    ReplyDelete