Friday, May 20, 2011

awan larat di istana seri menanti


..dalam perjalanan pulang ke kampung, saya singgah di seri menanti..Istana Lama Seri Menanti. ianya istana yang unik diperbuat daripada kayu. dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. stiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.seni ukiran melayu yang terdapat di tiang tiang pondok sekeliling menambat hati saya.istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. atap istana ini mewakili tanduk kerbau. tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Rujukan
↑ History of Istana Seri Menanti Istana Seri Menanti's history

3 comments:

  1. Assalam... rumah pusaka arwah wan atuk sy dulu juga tak mengunakan paku hanya pakai pasak tapi rumah tu teguh..itulah betapa hebat org2 dulu bertukang.

    ReplyDelete
  2. wsalam, mutu kerja mereka sangat tinggi nilainya dan tahan lama CT

    ReplyDelete
  3. I wish I could understand ...

    ReplyDelete