Wednesday, May 18, 2011

kerabu jantung pisang


makan hati berulam jantung ~ menunjukkan riak hati yang sedih memendam rasa.artinya suasana hati sangat sedih; seperti orang tua melihat kelakuan anaknya yang buruk yang sukar diperbaiki dan sebagainya.dalam resepi ini lauknya adalah kerabu jantung pisang dan tak usahlah nak memendam rasa bak kata pepatah tadi. resepi ini sangat ringkas dan enak. ingin saya ketengahkan jantung pisang yang banyak khasiatnya ini.antara khasiat-khasiat yang terdapat dari pengambilan ulam ini adalah mencuci buah pinggang,jantung dan hati selain dari memberi tenaga pada tubuh badan kita.terdapat beberapa hidangan yang sering dimasak menggunakan jantung pisang seperti gulai lemak kuning,gulai daging ,singgang ikan dan lain lian lagi. saya memilih jantung pisang awak kerana ianya mudah diperolehi dan rasanya berlemak dan enak.sedap juga dengan hanya merebus dan dicicah bersama sambal belacan dan dimakan bersama ikan masin goreng.

5 comments:

  1. Chef,

    Mem suka sangat kerabu jantung nih.

    Dah lama juga tak bikin. Ekceli Mem stopped beli jantung lepas satu insiden terbeli jantung pahit. Aiyoo tatau jantung apa Mem dah beli. Salamlekom masak lemak jantung sepeghoyok.

    Soalan Mem, cemana kita nak tau jantung yang kita beli tu merupakan jantung pisang asli, ek ?

    *mati la... jadi ruangan Cik Sri Siantan pule...

    ReplyDelete
  2. salam chef....gambar yang cukup cantik dengan komposisi yang mantap....

    ReplyDelete
  3. mak dara, tengkiuw so much eh. Mem, pilih yang warna buahnya tidak kegelapan sesangat..cerah sedikit dan bahagian bawahnya meruncing tajam. Mat Gebu..gambar anda lagi hebat dari saya :-)

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan chef faizal,
    Sgt cantik hasil seni tangan chef. Semoga akan bertambah maju jaya!

    ReplyDelete