Saturday, May 21, 2011

http://fbdslrmalaysia.blogspot.com/


minat pada fotografi memang sudah ada lama pada diri saya cuma tak berkesempatan untuk menceburinya secara serius.namun apabila saya bertekad untuk menulis buku saya sendiri hasrat ini terpaksa saya sampaikan juga. dalam bidang kulinari , fotografi memainkan peranan yang penting terutama dalam persembahan menu.foto yang berkualiti boleh membantu pelanggan memilih sesuatu makanan di dalam menu. terdapat juga foto di dalam menu memang cantik tetapi apabila pesanan makanan itu sampai persembahannya berbeza dari yang dipamerkan di dalam menu. dalam hal sebegini chef memainkan peranannya dalam memastikan pesanan makanan hendaklah sama atau tidak jauh berbeza dengan foto di dalam menu. biasanya di dalam dapur terdpat salinan foto untuk tukang masak membuat rujukan dari masa ke semasa bagi sesuatu pesanan makanan. di pasaran tempatan memang terdapat banyak buku resepi dijual namun mutu foto tidak berapa bagus lantaran itu saya rasa ingin mengenengahkan dunia fotografi di dalam dunia kulinari yang mana pada pendapat saya suatu hari nanti foto kulinari kita dapat bersaing dengan foto foto yang dihasilkan di luar negara.dalam blog ini selagi lagi saya ingin berkongsi sentuhan fotografi saya yang mana pada kali ini foto bulan ini telah dipilih ke dalam himpunan gambar gambar harian terbaik dari'page DSLR Malaysia http://fbdslrmalaysia.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment