Saturday, May 21, 2011

nasihat pada yang baru ingin menjadi seorang chef ~ ikhlas dari saya


untuk menjadi seorang chef ianya memerlukan latihan dan pengalaman yang luas atau tidak memerlukan pengalaman langsung bergantung kepada arah manakah yang anda ingin tuju.dalam blog ( yang akan dibukukan ini ) ini Chef yang saya maksudkan ialah Ketua Tukang masak/ Juru masak @ Chef Eksekutif. 

sekiranya anda ingin bekerja di restoran makanan segera , anda tidak memerlukan sijil atau diploma kerana boleh dikatakan anda ada menerima latihan semasa atau sambil bekerja setiap hari. 
walau bagaimanapun sekiranya anda ingin bekerja sebagai chef di hotel atau restoran kelas atasan anda perlu memiliki sekurang kurangnya diploma dari mana mana intitusi pengajian tinggi atau kolej swasta. 
tempoh program program diploma biasanya adalah di antara 2 – 3 tahun. 
walaubagaimanapun setelah tamat belajar anda perlu mula bekerja dari bawah sebelum menjadi seorang chef.
hakikat ini lah yang sukar diterima oleh kebanyakan lepasan lepasan university atau kolej.  
berbanding dengan Lepasan pelajar bidang perakaunan, arkitek atau engineer yang mana mereka akan ditawarkan jawatan yang agak tinggi dengan gaji yang lumayan sekiranya memperolehi segulung diploma atau ijazah. 
bidang kerjaya sebagai tukang masak sememangnya memerlukan pengalaman yang luas disamping pengalaman theorikal yang di pelajari semasa di kolej. 
dunia realiti yang terpaksa diharungi semasa bekerja di restoran atau hotel amatlah mencabar sama sekali. 
kekuatan mental dan fizikal amat penting. persaingan sesama tukang masak yang berlatarbelakangkan pengalaman bertahun tahun di dapur membezakan antara setiap individu. 
ada yang tidak mempunyai sebarang sijil atau diploma tetapi pengalaman beliau selama 10 tahun di dapur sudah cukup untuk membezakan dirinya dengan seorang pelajar lepasan kolej yang berpengelaman bak kata pepatah ~ baru setahun jagung. isu realiti seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana oleh setiap graduan lepasan kolej. pengalaman di kolej tidak diperolehi oleh individu yang di luar sana yang tidak belajar di kolej. 
namun, saya telah melihat dan bekerja dengan ramai chef yang tidak mempunyai apa apa Sijil atau Ijazah namun berjaya ke tahap paling ekstreem di dapur hotel. 
ada yang buta huruf tetapi bekerja di segala pelusuk dunia berbekalkan pengalaman dan skil memasak yang tinggi.
mereka ini pada tahap awal penglibatan diri di dapur mempunyai kecekalan hati dan sentiasa ingin maju ke hadapan. 
bekerja siang malam semata mata untuk menimba ilmu kerana mereka tahu mereka tidak mendapat pendidikan formal untuk menjadi seorang chef. 
bagi yang mempunyai kelayakan akedemik pula, mereka perlu mendemonstrasikan kelayakan mereka untuk menunjukkan apa yang mereka perolehi atau pun ada pada diri mereka supaya dapat menonjolkan diri mereka yang ingin terus maju kehadapan. sikap ~ low profile hanya akan menjahanamkan diri sendiri yang mana semua mata akan tertumpu pada anda yang kononnya graduan lepasan kolej yang mempelajari selok belok untuk menjadi seorang chef. 
dapur adalah suatu tempat yang suasananya panas, senang mendapat tekanan mental dan fizikal dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam melakukan sebarang aktiviti harian. 
seorang chef perlu sentiasa mengawal emosi semasa bekerja pada setiap masa. tekanan akan datang dari setiap sudut baik dari diri sendiri mahupun keadaan sekeliling.
kesimpulannya, anda perlu ada sifat tabah,sabar dan bersungguh. 
anda perlu bersungguh untuk bersaing memajukan diri sendiri, anda perlu banyak bersabar dalam mengharungi setiap tekanan yang sedia ada dan anda perlu tabah menerima teguran dan kritikan dalam penyediaan semua masakan yang diilhamkan atau yang dipersembahkan pada setiap diri individu di luar sana , dunia realiti.

20 comments:

  1. mencabarnya tugas seorang chef. tak di nafikan, masak 2-3 menu dengan kuantiti yang sikit di dapur sendiri pun memerlukan kesabaran, inikan pula di dapur hotel or restoran , macm2 selera orang kena fulfill kan. apa2pun i respect la ngan semua yang bergelar chef! dan thanks chef faizal kerana share this info :)

    ReplyDelete
  2. thanks nor, sudi membaca dan banyak lagi yang akan saya kongsikan bersama.

    ReplyDelete
  3. Assalam...Sy ingin sekali meminta jasa baik chef agar di buat perenggan bagi N3 chef yg panjang2 macam N3 ni... ini akan memudahkan utk kami membaca dan memahami isi pentingnya..lagi banyak perenggan lagi bagus jika citer tu terlalu panjang.

    Harap chef dpt mempertimbangkan pendapat sy ni.. maaf jika ia buat chef tersingung.

    ReplyDelete
  4. chef saya nak tnya .. kalau lepasan kolej vokasional blh x jd chef??

    ReplyDelete
  5. chef saya nak tanya sy ni bekerja di sebuah restoran n sy seorg tkg msk d tempat tu.........impian sy nk jd chef executive ble tercapai ke dng hanya berbekalkan pengalaman sebagai tukang masak restoran?.........tq chef...sy tabik ngan org yg bergelar chef..........

    ReplyDelete
  6. adk sya pljr sklh vokasional,bru shj selesai spm...adik sa lebih berminat utk menjadi chef di atas kapal..mcm mana nk apply ??? dan pd pndpt , mcm mana chaf, apakah kelainan chaf atas kapal dgn chef lain??

    ReplyDelete
  7. salam chef, nak tanya...brapa gaji seorang tutorial chef dlm bidang pastri? saja nak tahu... :)

    ReplyDelete
  8. Tq chef atas kata2 semangat... Mmg cita2 saya nk jd seorg chef.. Dan impikan 1 cafe saya sendiri..

    ReplyDelete
  9. tq chef :) saya akan cube sedaye upaya untuk jd orang y lbih sbr n tabah .. saya ttp dgn pendirian saya menjdi chef y terbaik !! ;)

    ReplyDelete
  10. Chef.. if want to be a chef

    .after spm where I must to go..? Kos ap yg saya perlu ambil.. and
    .where.. I mean.. hala tuju slpas spm for be chef.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak Manja

      I suggest u to apply FIM (Food Institute of Malaysia) .. Anyway, best of luck of being a good chef!! ^_^

      Delete
  11. saya skrang sdang mnuntut plajaran di politeknik..saya blajar dlm bdang halal food...dlm bdang trsebut saya blajar kitchen,pngurusan maknan halal dan hram ,dan hotel...bleh ka saya ingin mnjadi seorang chef?

    ReplyDelete
  12. Doakan sya supaya menjadi chef..thank telah kongsi nasihat bernas kepada kami semua..thank chef

    ReplyDelete
  13. salam.. chef sy nk tanya.. antara kulinari and pastri.. kerjaya mna yg lebih meluas peluang pekerjaannya... sy lebih berminat pada kulinari... tpi ibu sy mtk sy ambil pastri sbb katanya pastri lebih luas peluang pekerjaannya... sy jgk difahamkn kalau kita ambik kursus kulinari kita akn bljr dua bnda.. kulinari and teori pastri.. tpi kalau kita ambil pastri kita xkan dpt bljr kulinari,,, so mohon pencerahan.. sy dlm proses memilih cos kulinari atau pastri

    ReplyDelete
  14. Sye menuntut dlm kolej vokey untk mengmbil sijil skm pada umur 16 dan saye ingin bertNye pada tahun hadapan saya perlu ambil spm or diploma kemahiran pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
  15. Nak tanye lah kan berape agak nye gaji permulaan lepasan diploma kulinari dan adakah gaji dapat di tingkatkan

    ReplyDelete